Belia & Pembangunan Masyarakat
Alhamdullilah dalam kita menyambut hari yang penuh bermakna sempena Hari Belia Negara ini wajar untuk kita menyelusuri sejarah awal gerakan belia dan peranannya membangun masyarakat.
Pengiktirafan harus diberikan kepada belia yang berkebolehan, kreatif dan inovatif serta mampu menjadi contoh inspirasi anak muda yang lainnya untuk mengembangkan bakat mereka bagi membantu masyarakat disekitarnya.
ABIM Pulau Pinang sebagai sebuah organisasi belia Islam yang konsisten mengangkat dan mengetengahkan isu-isu berkaitan kebeliaan di negeri ini. Justeru, ABIM Pulau Pinang berpandangan wajar untuk kita meraikan seramai mungkin penggerak-penggerak belia diseluruh negara yang telah pun melakukan agenda perubahan dalam membantu masyarakat dengan kekuatan yang mereka ada.
Selamat Menyambut Hari Belia Negara buat seluruh penggerak belia di Malaysia.
Post a Comment