Monday, February 20, 2012
Tuesday, September 20, 2011
PENYERTAAN IBADAH KORBAN/AQIQAH 1432H/2011M UNTUK UMAT ISLAM KEMBOJA
Abim Negeri P.Pinang dengan kerjasama beberapa individu dan agensi akan menganjurkan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja.
Borang penyertaan boleh dimuat turun dari alamat ini http://www.scribd.com/doc/65723902
Wednesday, September 14, 2011
Tuesday, August 9, 2011
PROGRAM EHYA RAMADHAN

PENDAHULUAN
Dari segi bahasa, Al-Quran berasal daripada bahasa Arab yang bererti “bacaan” atau “sesuatu yang dibaca berulang-ulang”. Kata Al-Quran adalah bentuk kata benda (masdar) daripada kata kerja qaraa yang ertinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat dijumpai pada salah satu surah Al-Quran sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang ertinya:
“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Keranaitu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti (amalkan) bacaannya”. (75:17-75:18)
Kemurnian kitab Al-Quran ini dijamin langsung oleh Allah, iaitu zat yang menciptakan dan menurunkan Al-Quran itu sendiri dan pada kenyataannya kita dapat melihat bahawa satu-satunya kitab suci yang mudah dipelajari bahkan sampai dihafal oleh beribu-ribu umat Islam. Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.
OBJEKTIF
1. Melahirkan generasi yang menjiwai Al-Quran.
2. Menghayati sejarah nuzul Al-Quran.
3. Menghidupkan Ramadhan dengan ‘amal jama'ei.
4. Merapatkan ukhuwah Islamiyyah.
TENTATIF
2.30 petang – Pendaftaran
3.00 petang– Ucapan Aluan YDP ABIM:
Ustaz Fatim Nor Muhsien bin Nordin
Ucaptama dan Perasmian:
Ustaz Zayd Zhari Al-Hafiz (Pen. Pengarah Pusat Islam USM)
FORUM AL-QURAN : “Al-Quran Satu Mukjizat”
4.45 petang – Solat Asar dan berehat
5.45 petang – Majlis Khatam Al-Quran pelajar TAHFIZ dan SERI
6.45 petang – Tayangan video “Keagungan Al-Quran”
7.30 malam – Majlis Ifthar Jamaei
Solat Maghrib/Isya’/Tarawih/Minum malam
(Bersurai/Bermalam di Masjid untuk program Qiyam Ramadhan)
4.00 pagi – Qiyamullail
Solat Tahajjud/Sahur/Solat Subuh/Kuliah Subuh
7.30 pagi – Bersurai





























