Header Ads


150 Pek Makanan Asasi Daripada USAID-MARICORP-ABIM

8 Julai 2020, Rabu. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pulau Pinang telah menerima barangan sumbangan daripada USAID-MARI Corp jenis bantuan pek makanan asasi kepada yang memerlukan dan terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik COVID19. Barangan pek bantuan ini tiba di Sekretariat ABIM Pulau Pinang, Gelugor. Sumbangan bakal diedar kepada yang terpilih (memerlukan) diseluruh negeri. ABIM Pulau Pinang dengan kerjasama PEMBIMBING dan Grup Sukarelawan ABIM Negeri bakal digerakan untuk tujuan ini.

Mewakili ABIM Pulau Pinang dalam penerimaan sumbangan ini adalah Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan, Penolong Setiausaha Merangkap Pemangku Setiausaha ABIM Negeri Pulau Pinang serta Exco ABIM Pulau Pinang, Saudari Hdariyani Kampun.

No comments

Powered by Blogger.