Header Ads


ABIM Pulau Pinang Edar Bantuan Fasa 4 Kepada Warga KADUN Bertam

9 Ogos 2020, Ahad. ABIM Pulau Pinang bersama Skuad Perihatin ABIM Negeri dan PEMBIMBING telah menyampaikan bantuan USAID kepada keluaga yang memerlukan di sekitar KADUN Bertam. ABIM Negeri dengan kerjasama Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KADUN Bertam dan MPKK Jalan Kedah menyampaikan edaran tersebut di Pusat Khidmat JKKK Permatang Serdang.


 


Kehadiran ABIM Negeri pada jam 3 petang disambut dengan baik dan mesra. Edaran kali ini melibatkan 15 orang sukarelawan. Seramai 32 keluarga menerima manfaat. Sesi penyerahan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bersama-sama Yang di-Pertua ABIM Pulau Pinang, Sdr Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan dan Penyelaras MPKK Jalan Kedah En. Abdul Jalil Yahya.


  


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama yang baik dalam sama-sama menjayakan serahan bantuan ini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.



No comments

Powered by Blogger.