Header Ads


Kunjungan SUA ABIM Ke Pulau Pinang




13 Julai 2020, Isnin. Setiausaha Agung ABIM Pusat, Saudara Fazril Salleh berkunjung ke Pulau Pinang bagi penilaian dan pemantauan pergerakan ABIM Negeri serta bersilaturrahim bersama pimpinan WADAH Negeri Pulau Pinang. Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin, yang juga Pemangku Setiausaha Negeri ABIM Pulau Pinang mengiringi Saudara SUA ABIM sepanjang kunjungan sehari di Pulau Pinang


Saudara SUA ABIM juga berkesempatan hadir ke Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Madrasah Uthmaniah ABIM di Bayan Lepas serta membuat perkongsian bersama guru-guru Madrasah Uthmaniah ABIM.


Dalam kunjungan ini juga, SUA ABIM sempat menziarahi Prof. Dr. Fadhlullah Jamil merupakan aktivis dan tokoh ABIM yang aktif di Pulau Pinang dengan beberapa perkongsian sejarah pergerakan awal ABIM dan pandangan terhadap isu semasa. 


SUA ABIM berkesempatan bertemu mantan Yang Di-Pertua ABIM Pulau Pinang, Ustaz Zayd Zahari merupakan Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM)

No comments

Powered by Blogger.