Header Ads


ABIM PULAU PINANG SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DISEKITAR GELUGOR & BAYAN LEPAS

19 Julai 2020, Ahad: Alhamdullilah ABIM Pulau Pinang bersama sukarelawan menyampaikan bantuan pek makanan sumbangan USAID kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. ABIM Pulau Pinang tampil memberi bantuan sekitar kawasan Gelugor dan Bayan Lepas.



Fasa 1 agihan sumbangan telah digerakan pada 18 Julai 2020 (Sabtu), manakala Fasa 2 pada 19 Julai 2020 (Ahad) secara langsung sumbangan telah disalurkan kepada 50 penerima/keluarga. Penerima terdiri daripada fakir miskin, OKU, warga emas, ibu tunggal, anak yatim serta mualaf.



Fasa agihan seterusnya sebanyak 100 pek makanan asasi akan disalurkan dalam masa terdekat. ABIM Pulau Pinang dengan kerjasama Grup Sukarelawan ABIM (GSA) dan Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING) akan menyelaras sepanjang tempoh agihan ini.

#ABIMdiHatiku 
#KitaSatuUmat 
#kitajagakita
#hidupuntukmemberi
#misirahmatanlilalamin

No comments

Powered by Blogger.