Header Ads


Ijtimak Harakiy ke-6 WADAH-ABIM-PEMBIMBING Pulau Pinang

25 Julai 2020, Sabtu. Telah berlangsung Ijtimak Harakiy ke-6 dan Muktamar ABIM Pulau Pinang ke 47 bertempat di Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan Lepas. Seramai 100 orang peserta hadir meraikan keluarga besar WADAH-ABIM-PEMBIMBING Pulau Pinang.

Turut hadir mewakili ABIM Pusat Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) dan Sdr. Zainuddin (Naib Presiden ABIM). Hadir sama mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sdr. Lutfi Hadi (Timb. Presiden PKPIM) dan Sdr. Zul Aiman (Exco Kaderisasi PKPIM). Wakil Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH Pusat), Tuan Hj. Abdul Halim Ismail yang bersama dalam Ijtimak Harakiy kali ini melalui aplikasi Zoom Cloud Meeting.



Kepimpinan ABIM Pulau Pinang sesi 2019/2020 banyak menumpukan aspek pembangunan kepimpinan dan juga menambah baik pengurusan organisasi, disamping mempergiat usaha turun ke lapangan membantu masyarakat yang memerlukan di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Kepimpinan kanan ABIM Pulau Pinang 2020/2021 yang baharu diketuai oleh Sdr. Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan (Yang di-Pertua), Sdr. Omar Mokhtar Hamdan (Timb. Yang di-Pertua), Sdri. Irda Haslinda Hassan (Naib Yang di-Pertua HELWA), Sdri. Hdariyani Kampun (Setiausaha Negeri), Sdri. Nur Fathin Mustapa (Pen. Setiausaha Negeri) dan Sdr. Muhammad Afiq Ahmad Ferdaus (Setiausaha Kewangan).



Terima kasih juga kepada para senior ABIM, AJK Pelaksana Ijtimak Harakiy ke-6, guru-guru SEMI, SERI, TASKI, TAHFIZ Pulau Pinang, dan agensi-agensi Negeri yang menjayakan IH Pulau Pinang ke-6.

Semoga kepimpinan ABIM Negeri terus mengakar dan merimbun dalam membawa misi Rahmatan lil Alamin serta meneruskan agenda perubahan kepada masyarakat dalam konteks ilmu dan bakti.

 

No comments

Powered by Blogger.