Header Ads


Mengambil Ibrah: Peristiwa Besar Nabi Allah Ibrahim A.S dan Puteranya Ismail A.S

Begitu banyak kisah yang kita ketahui dan sering dengarkan mengenai peristiwa besar yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S yang mendapat perintah dari Allah S.W.T melakukan pengorbanan besar dan supaya menjadi pengajaran buat umat manusia keseluruhanya khusus umat Islam. Peristiwa ini juga menggambarkan bahawa ia bukan sahaja perlu di ketahui disebabkan sejarah semata. Namun perlu juga dihayati apakah makna yang sebenar tentang kejadian dan peristiwa tersebut.

Sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran, peristiwa tersebut mengajar manusia untuk melakukan pengorbanan dengan sesuatu yang paling kita sayangi dan cintai. Memberi atau mengorbankan perkara ataupun benda yang paling istimewa dan berharga. Apakah makna daripada peristiwa tersebut? Mesej yang jelas bahawa dalam konteks hari ini, duit atau harta yang kita miliki adalah perkara yang paling berharga bagi seseorang. Maka Allah ajarkan kita bagaimana untuk membelanjakan harta supaya orang lain boleh menikmati hasil daripada pengorbanan harta tersebut. 

𝑆𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ, 𝑑𝑒𝑚𝑖𝑘𝑖𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑖𝑘. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟-𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 𝑢𝑗𝑖𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎. 𝐷𝑎𝑛, 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑡𝑒𝑏𝑢𝑠 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑖𝑡𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑒𝑘𝑜𝑟 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 (𝐀𝐬 𝐒𝐚𝐚𝐟𝐟𝐚𝐭 : 𝟏𝟎𝟓-𝟏𝟎𝟕)

Melihatkan kesungguhan Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya sendiri, serta-merta tempat pembaringan Nabi Ismail itu digantikan oleh Allah s.w.t dengan binatang kibas.

Dalam konteks ini, banyak pengajaran yang boleh diambil dan direnungi bersama selain membantu sesama Muslim yang tidak bernasib baik seperti golongan fakir miskin dan sebagainya. Menyentuh aspek lain, sedekah juga merupakan sebahagian daripada perkara tersebut. Allah S.W.T menuntut kita memberi dan menghadiahkan apa yang di miliki oleh kita berupa barang/wang ringgit yang terbaik kepada seseorang tanpa mengharap balasan kepada yang menerima. 

Dalam melakukan kerja dakwah, hal ini dianggap sebagai penyerahan dan pengorbanan masa. Bagaimana seorang itu menggunakan masa yang ada dengan manfaat sepenuhnya kepada orang lain, dalam erti lain membahagi masa bersama keluarga dan masyarakat. Banyak yang mengabaikan masa dalam soal hal berkaitan individu tanpa memikirkan bahawa masyarakat juga memerlukan masa yang kita ada untuk membantu mereka yang memerlukan. Sedangkan ramai yang beranggapan bahawa cukuplah sekadar membahagiakan keluarga dan sanak saudara yang ada, jika mempunyai kesempatan waktu dan kelapangan masa barulah kita membantu orang lain yang memerlukan. Ia merupakan cara fikir yang perlu diubah.  Sedangkan Allah jadikan tiap manusia itu melakukan ibadah kepada-Nya dan melakukan amal soleh (Kebaikan kepada orang lain). Ini jelas membawa maksud kepada ayat di atas bahawa manusia itu tanggungjawabnya beriman dan mentauhidkan Allah seiring dalam melakukan kerja-kerja kebajikan.

Peristiwa ini juga telah mengajar Nabi Allah Ibrahim (AS) dan menjadi pengajaran bermakna kepada kita bahawa pengorbanan yang terbaik akan digantikan oleh Allah dengan perkara/hal yang lebih baik dari apa yang telah kita korbankan. Maka Allah jualah sebaik-baik perancang dan pengatur, sesungguhnya semuanya kembali atas ketentuan-Nya.

ABIM Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam khususnya di Negeri Pulau Pinang.

𝙎𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙡𝙖𝙪 𝙋𝙞𝙣𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙠𝙬𝙖𝙝

𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗞𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗜𝗥𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗛𝗔𝗠𝗗𝗔𝗡

Yang di-Pertua (YDP)

ABIM Negeri Pulau Pinang

Sesi 2020/2021



No comments

Powered by Blogger.