Header Ads


ABIM Pulau Pinang Edar Bantuan Fasa 3 Kepada Golongan Pekak & Bisu (OKU) di Georgetown

26 Julai 2020, Ahad. ABIM Pulau Pinang bersama Skuad Perihatin ABIM Negeri dan PEMBIMBING telah menyampaikan bantuan USAID kepada golongan pekak dan bisu di sekitar bandar. ABIM Negeri dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang menyampaikan edaran tersebut di Pejabat Pusat Komunikasi Pekak & Bisu, Georgetown.


     


Kehadiran ABIM Negeri pada jam 2.30 petang disambut dengan baik dan mesra. Edaran kali ini melibatkan 16 orang sukarelawan. Seramai 30 keluarga menerima manfaat. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Asma Nurul Ain Salim selaku pemudah cara dan tenaga pengajar kepada warga pekak dan bisu.



Semoga bantuan ini dapat meringankan beban golongan OKU (Pekak & Bisu) yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.

No comments

Powered by Blogger.