Facebook

"Kamu tidak akan dpt m'capai (hakikat) kbajikan & kbaktian (yg sempurna) sblm kamu dermakan sbahagian dari apa yg kamu sayang"(Q 3:92)

Tuesday, September 20, 2011

PENYERTAAN IBADAH KORBAN/AQIQAH 1432H/2011M UNTUK UMAT ISLAM KEMBOJA


Abim Negeri P.Pinang dengan kerjasama beberapa individu dan agensi akan menganjurkan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja.

Harga bagi satu bahagian lembu ialah RM250.00 manakala seekor kambing RM500.00.

Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 29hb. Oktober 2011

Sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan ke Kemboja juga boleh berhubung dengan kami. Kos perbelanjaan termasuk penginapan 
dan makan ialah sebanyak RM 1000.00 (muatan sebuah kereta) dalam tempoh perjalanan 10 hari. Kos pengangkutan sendiri atau boleh diuruskan dengan hubungi Tn. Hj. Satar 014843359.



Sesiapa yang ingin menderma wang/al-Quran/Juz ‘Amma/sejadah/kain telekong juga amat dialu-alukan.

Segala pertanyaaan atau keterangan lanjut boleh berhubung dengan:-
- Hj. Abu Bakar Merican (0194561212)                - Sekretariat ABIM (046576131/046576033)
- Hj. Shafei (0194614707)                                    - Hj. Roslan (0124001289)
- Us. Zayd (0134087001)                                                 - Tn. Hj. Satar 014843359
- Us. Mohsin (0134282453)                                  - Pn.Mumdas (USM) 0164585265.


Borang penyertaan boleh dimuat turun dari alamat ini http://www.scribd.com/doc/65723902

Tuesday, August 9, 2011

PROGRAM EHYA RAMADHAN

PENDAHULUAN

Dari segi bahasa, Al-Quran berasal daripada bahasa Arab yang bererti “bacaan” atau “sesuatu yang dibaca berulang-ulang”. Kata Al-Quran adalah bentuk kata benda (masdar) daripada kata kerja qaraa yang ertinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat dijumpai pada salah satu surah Al-Quran sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang ertinya:

“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Keranaitu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti (amalkan) bacaannya”. (75:17-75:18)

Kemurnian kitab Al-Quran ini dijamin langsung oleh Allah, iaitu zat yang menciptakan dan menurunkan Al-Quran itu sendiri dan pada kenyataannya kita dapat melihat bahawa satu-satunya kitab suci yang mudah dipelajari bahkan sampai dihafal oleh beribu-ribu umat Islam. Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

OBJEKTIF

1. Melahirkan generasi yang menjiwai Al-Quran.

2. Menghayati sejarah nuzul Al-Quran.

3. Menghidupkan Ramadhan dengan ‘amal jama'ei.

4. Merapatkan ukhuwah Islamiyyah.


TENTATIF

2.30 petang – Pendaftaran

3.00 petang– Ucapan Aluan YDP ABIM:

Ustaz Fatim Nor Muhsien bin Nordin

Ucaptama dan Perasmian:

Ustaz Zayd Zhari Al-Hafiz (Pen. Pengarah Pusat Islam USM)

FORUM AL-QURAN : “Al-Quran Satu Mukjizat”

4.45 petang – Solat Asar dan berehat

5.45 petang – Majlis Khatam Al-Quran pelajar TAHFIZ dan SERI

6.45 petang – Tayangan video “Keagungan Al-Quran”

7.30 malam – Majlis Ifthar Jamaei

Solat Maghrib/Isya’/Tarawih/Minum malam

(Bersurai/Bermalam di Masjid untuk program Qiyam Ramadhan)

4.00 pagi Qiyamullail

Solat Tahajjud/Sahur/Solat Subuh/Kuliah Subuh

7.30 pagi – Bersurai



Wednesday, February 9, 2011

Google+ Followers

Popular Posts


SYARAT : TERBUKA UNTUK BELIA UMUR 15-40 TAHUN | TINGGAL DI P. PINANG | BERMINAT | BERDEDIKASI & BERKEYAKINAN :: KELEBIHAN KELAB : LATIHAN, BIMBINGAN, SIJIL & VEST PETUGAS AKAN DIBERI SECARA PERCUMA :: BERMINAT ? SILA HUBUNGI PENYELARAS AV, SDR. ZAYD 013-408 7001