Facebook

"Kamu tidak akan dpt m'capai (hakikat) kbajikan & kbaktian (yg sempurna) sblm kamu dermakan sbahagian dari apa yg kamu sayang"(Q 3:92)

Saturday, November 13, 2010

Apa Persiapan Belia Islam?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

“Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu:

1- Imam (pemimpin) yang adil,

2- Pemuda yang membesar dalam peribadatan kepada Allah,

3- Orang yang hatinya terpaut kepada masjid,

4- Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, sama ada berkumpul atau berpisah,

5- Orang yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan, lalu ia berkata,”Sesungguhnya aku takutkan Allah”,

6- Orang yang bersedekah secara bersembunyi, sehingganya tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya,

7- Dan orang yang mengingati Allah di kala sunyi lalu melelehkan airmatanya.

(Muttafaqun ‘Alaih)

Monday, November 1, 2010

BEBERAPA KEMAHIRAN DALAM KEPIMPINAN ORGANISASI

1. Mendengar arahan dengan teliti dan memohon penjelasan jika perlu.

2. Mengikuti arahan dengan betul dan konsisten; melapor kembali apabila menyelesaikan tugas.

3. Mengambil perhatian dan fokus ketika pelanggan atau rekan kerja sedang berbual.

4. Berkongsi maklumat- Jangan menganggap orang lain "sudah tahu".

5. Mempamerkan rasa hormat kepada majikan, pengurus / penyelia, rakan kerja dan pelanggan.

6. Bertanya agar mendapat arahan yang jelas.

7. Mendapatkan maklumat apa yang perlu anda ketahui, bukan apa yang anda tidak perlu tahu.

8. Menulis dengan pembaca dalam pikiran (teliti).

9. Bertindak apabila mendapat makluman balas

10. Menulis tanpa jargon (mudah difahami), bahasa ringkas

11. Merekod maklumat dengan berhati-hati dan konsisten

12. Menyimpan maklumat di tempat yang mana orang lain mudah mendapatkannya.

13. Berkongsi maklumat apabila perlu/ memerlukan.

14. Mencatat pesanan dengan betul, membuat panggilan semula

15. Membantu orang lain mendapatkan maklumat yang sesuai dan sumber yang tepat.

16. Berusaha ke arah ketepatan (misalnya, ketika melakukan perubahan).

17. Buat jangkaan waktu dan bahan dengan kadar yang bersesuaian.

18. Timbang / kira dengan tepat untuk menghindari kerugian atau lambakan (misalnya, ketika memotong bahan).

19. Membaca dan menafsirkan angka / ukuran dengan tepat.

20. Menyelesaikan konflik interpersonal dengan penuh tanggung jawab.

21. Membuat kajian semula untuk menyelesaikan masalah.

22. Meminta bantuan jika ragu-ragu / tidak pasti.

23. Membuat keputusan yang bersesuaian apabila diberi kuasa

24. Membuat penilaian terhadap pilihan-pilihan sebelum membuat keputusan.

25. Membuat kerja lebih / tanpa kira waktu.

26. Menunjukkan inisiatif- Tidak perlu pengawasan terus-menerus

27. Memelihara diri, majikan, pelanggan dan rekan kerja dengan hormat. Juga memperlakukan harta dengan cermat.

28. Menyumbang tanpa diminta atau dipaksa.

29. Menunjukkan imej yang positif kepada pelanggan.

30. Menyelesaikan apa yang telah dimulakan.

31. Menghindari pembaziran waktu dan bahan.

32. Kongsi maklumat bila perlu.

33. Datang bekerja tepat waktu, bersedia untuk bekerja.

34. Membuat panggilan apabila terlambat atau tidak datang bekerja.

35. Mengambil tugasan baru dengan penuh kerelaan.

36. Bersifat terbuka dengan idea-idea baru (cara melakukan sesuatu).

37. Berurusan secara efektif dengan cabaran seharian

38. Menguasai dan menerapkan teknik baru, proses baru.

39. Menerima perubahan bidang kerja- menyokong perubahan organisasi serta memudahkan perubahan tempat kerja- teruskan sahaja.

40. Bersedia dengan cabaran-tidak menghindari situasi baru di tempat kerja.

41. Menunjukkan minat bagaimana proses berlaku (mengapa hal ini dilakukan dengan cara tertentu, apa yang pelanggan mahu, dll).

42. Tidak takut untuk mengakui kesalahan dan belajar dari kesalahan.

43. Mengikuti perkembangan teknik-teknik terbaru.

44. Mengambil peluang pembelajaran formal dan informal.

45. Menyedari dan mengutamakan keselamatan .

46. Tahu peraturan dan prosedur keselamatan.

47. Menangani atau mendapatkan bantuan bagi menghindari bahaya .

48. Mengikuti aturan kerja yang selamat; tidak mengambil jalan pintas.

49. Mendukung orang lain dengan rela.

50. Memimpin bila memerlukan.

51. Menampung kekurangan orang lain.

52. Memberikan imbuhan bila perlu (layak).

53. Menerima maklum balas

54. Segera bergabung / membantu bila ada kerja yang harus diselesaikan -walaupun pekerjaan itu baru baginya ataupun bukan bidang tugasnya

55. Terlibat dalam melakukan pekerjaan

56. Menyumbang dengan rela- cuba untuk membuat perubahan

57. Berkongsi maklumat dan mendukung tujuan bersama

58. Menerima bantuan dari orang lain

Google+ Followers

Popular Posts


SYARAT : TERBUKA UNTUK BELIA UMUR 15-40 TAHUN | TINGGAL DI P. PINANG | BERMINAT | BERDEDIKASI & BERKEYAKINAN :: KELEBIHAN KELAB : LATIHAN, BIMBINGAN, SIJIL & VEST PETUGAS AKAN DIBERI SECARA PERCUMA :: BERMINAT ? SILA HUBUNGI PENYELARAS AV, SDR. ZAYD 013-408 7001