Facebook

"Kamu tidak akan dpt m'capai (hakikat) kbajikan & kbaktian (yg sempurna) sblm kamu dermakan sbahagian dari apa yg kamu sayang"(Q 3:92)

Monday, November 23, 2009

Ihtifal Madrasah Uthmaniyah 2009

21 November 2009
Dewan Kuliah D USM
2.30 petang









Thursday, November 19, 2009

Bengkel Young Muslim Intellectual 2009



21 Nov 09
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Minum Pagi
9.00 pagi Talk I : Leadership Skills
Penceramah : Prof. Madya Nasirun Mohd Saleh
10.15 pagi Talk II : Public Speaking
Penceramah : En. Taif (Disted-Stamford College)
11.30 pagi Talk III : Proud to be Practising Muslim
Penceramah : Br Kamaruddin Abdullah (IPSI)
1.00 petang Makan Tengahari / Solat
2.00 petang Demonstrasi
2.30 petang LDK I
4.00 petang Perkongsian / Solat / Minum Petang
5.00 petang Bersurai

22 Nov 09
8.00 pagi Minum Pagi
8.30 pagi Talk IV : Perbandingan Agama
Ustaz Mohd. Fitri Abdullah (PERKIM)
10.00 pagi Talk V : Multitasking
Penceramah : Dr. Mohd. Ali (GH Penang)
11.30 pagi Taklimat Praktikal DMM
12.30 t/hari Makan Tengahari / Solat
2.00 petang Praktikal DMM
4.00 petang Penutupan
5.00 petang Bersurai

Sunday, June 21, 2009

WAWANCARA BERSAMA PRESIDEN ABIM : UMNO & PAS Perlu Berunding

WAWANCARA TOKOH : EDISI MINGGUAN MALAYSIA, AHAD :: 21 JUN 2009
ISU kerajaan perpaduan kini semakin mendapat perhatian, malah isu tersebut juga seolah-olah menampakkan berlaku perbalahan yang serius dalam Pas. Bagaimanapun Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), YUSRI MOHAMAD dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, menegaskan, usaha berkenaan harus diteruskan demi kebaikan orang Melayu dan umat Islam.


PRESIDEN ABIM, Tuan Haji Yusri Mohamad

Menurut Yusri, beliau berpendapat demikian kerana ABIM sejak dulu lagi sentiasa konsisten dan berpendirian bahawa semua parti utama Melayu perlu bekerjasama serapat mungkin. Namun begitu, beliau berpendapat usaha mewujudkan kerjasama atau kerajaan perpaduan tersebut perlu dilakukan oleh semua pihak yang terlibat dan bukannya datang daripada satu pihak sahaja.

Apa pun Yusri mengingatkan bahawa, ‘‘Jika jurang antara parti Melayu Islam terlalu besar, itu menunjukkan satu mesej bahawa kekuatan politik kita semakin lemah. Keadaan tersebut akan mendorong pihak-pihak lain untuk mengambil kesempatan.’’

MINGGUAN: Pada pandangan saudara apakah kepentingannya mewujudkan kerajaan perpaduan ini?

YUSRI: Yang pertamanya kita perlu pastikan dahulu apa maknanya kerajaan perpaduan yang sedang hangat dibincangkan. Bagi ABIM sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan Islam, kami konsisten dari dahulu bahawa hubungan antara parti-parti politik utama yang mewakili suara dan aspirasi Melayu Islam harus baik dan serapat mungkin. Itu pendirian kami sebagai pertubuhan dakwah. Kita melihat potensi untuk bertindak mewakili umat Islam ada pada parti-parti ini dan tidak terbatas kepada hanya satu parti. Bagi kami apa sahaja usaha yang bernada ke arah yang lebih baik seperti perpaduan sangat dialu-alukan. Merujuk kepada kerajaan perpaduan biasanya yang kita faham ialah satu bentuk kerajaan yang bergabung antara parti-parti politik yang melangkaui batas-batas persaingan politik yang biasa atau lazim.

Perpaduan bagi manusia yang berkiblat & beraqidah yang sama, adalah sesuatu yang tidak mustahil

Perkara sebegini pernah berlaku di negara-negara lain dan di Malaysia pada awal penubuhan Barisan Nasional (BN) dahulu apabila Pas turut menyertainya. Dan kini dalam realiti dan landskap politik yang telah berubah selepas pilihan raya lalu kami mengalu-alukan tindakan ini dan ia merupakan satu usaha yang baik. Namun usaha begini harus berlaku secara natural dan bukan dipaksa-paksa, ia memerlukan keberanian tetapi pada masa yang sama ia tidak akan terhasil secara automatik.

Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, kesediaan untuk berkorban dan memerlukan kerjasama kedua-dua pihak. Tidak boleh satu pihak menunggu dan tiada usaha positif dijalankan untuk menjayakannya. Oleh itu bersandarkan pada keadaan dan realiti politik semasa, ada keperluan untuk parti-parti utama yang mewakili umat Islam merapatkan hubungan. Jika kedua-dua parti ini bergabung, Alhamdulillah ia merupakan sesuatu yang amat kita alu-alukan.
Pada masa ini terdapat usaha menidakkan hak orang Melayu seperti yang telah tertulis dalam perlembagaan. Apakah pandangan saudara mengenai perkara ini?

YUSRI: Jika kita lihat kepada isu ini ia merupakan isu politik dan pastinya ada sifir dan kaedahnya sendiri. Apa yang paling penting ialah kuat dan lemahnya sesuatu parti. Jika jurang antara parti Melayu Islam itu terlalu besar ia menunjukkan satu mesej bahawa kekuatan politik kita semakin lemah. Keadaan tersebut akan mendorong pihak-pihak lain mengambil kesempatan dan kita tidak boleh lari daripada hakikat ini kerana itulah sifir politik. Saya ambil satu isu iaitu biasiswa. Seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini, ia telah diperjelaskan dalam perlembagaan, sebahagian daripada Perkara 153, bagaimanapun tiba-tiba kita dengar ada suara-suara sumbang mempertikaikan hal ini atas nama meritokrasi.

Hak-hak istimewa dalam perlembagaan itu merupakan satu pengecualian dari kaedah umum seperti kesamarataan. Prinsip itu diasaskan atas prinsip yang kukuh seperti sejarah dan realiti iaitu Melayu Islam di negara ini merupakan majoriti. Bantahan seumpama itu sangat jarang kita dengar berlaku tetapi sekarang ia adalah antara perkara yang terjadi akibat hilangnya kekuatan politik orang Melayu Islam berikutan perpecahan yang berlaku antara mereka. Ini satu contoh di mana kewibawaan politik Melayu itu sudah lemah atau tercabar.

Maka dalam kelompongan itu akan ada tindakan sebegini namun untuk kita berasa terlalu marah pun tidak boleh kerana itu realiti berpolitik. Ia adalah suasana politik yang berlaku sekarang, justeru parti-parti politik Melayu Islam perlu melihat apa keutamaan yang harus diberikan demi kepentingan bangsa dan negara. Kita perlu berpijak di bumi nyata bahawa negara ini ada bangsa terasnya ialah Melayu Islam.

Jika mereka ini tidak berada dalam keadaan yang baik, ia akan mengganggu kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Itu hakikatnya jika kita bercakap tentang negara ini. Kewibawaan Melayu Islam baik dalam BN mahupun pakatan pembangkang bagi saya ia tidak benar-benar kuat dan kukuh. Jadi kita berharap kalaupun bukan dalam bentuk penggabungan sekurang-kurangnya jurang ini harus lebih serasi dan selari. Contohnya mengenai UMNO dan Pas, walaupun masih bersaing dalam politik demokrasi tetapi mereka harus boleh bersetuju dan mempunyai sikap serta pendirian bersama dalam persoalan asas. Pendirian berkenaan harus disampaikan dengan jelas kepada kaum-kaum lain.

Dalam erti kata lain, mereka masih bersaing dari segi politiknya tetapi perlulah sihat dan sepakat tentang perkara-perkara teras seperti isu Melayu dan agama Islam. Bagaimanapun janganlah hanya sepakat dalam diam tetapi perlu konsisten dalam menghantar mesej kepada rakan-rakan kita dari kaum lain. Jika kita berterusan dilihat lemah, mungkin akan ada orang yang kurang bersabar atau terlupa diri dengan menggunakan peluang itu untuk merubah persefahaman yang terjalin, walaupun ia tidak sihat untuk pembinaan negara bangsa.

Dalam Pas telah berlaku pergolakan antara mereka yang bersetuju dan yang tidak bersetuju tentang kerajaan perpaduan. Jadi bagaimanakah saudara melihat perkara ini?

YUSRI: Saya secara peribadi melihat proses ini masih di peringkat awal, masih belum pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan dan setakat ini tiada sebarang perbincangan di antara Pas dan UMNO dijalankan. Bagi saya kita harus bagi ruang untuk proses ini digerakkan. Kami merasakan apa saja yang membawa kebaikan perlu diberikan peluang dan sentiasa berpendapat sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud, hubungan antara UMNO dan Pas harus lebih baik dan bukan terlalu tajam.

Dalam konteks memperbaiki kerjasama politik, ia harus diberi sedikit ruang, soal perbezaan pandangan dalam mana-mana parti politik, ia bukanlah sesuatu perkara yang baru dan luar biasa. Oleh itu kami meletakkan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Pas untuk menangani perbezaan pandangan ini dengan sebaik mungkin.

Mungkinkah ABIM melihat penubuhan kerajaan perpaduan sebagai satu keperluan sekarang?

YUSRI: Sekali lagi kita perlu melihat apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan itu. Jika yang dimaksudkan ialah hubungan dan kerjasama yang lebih baik maka kami melihat ia adalah wajar dan perlu walaupun masih terdapat parti-parti lain. Tetapi saya kira rentak dan lagunya harus ditetapkan oleh parti-parti utama Melayu Islam ini. Barulah saya lihat suasana itu lebih sihat kerana ia lebih reflektif kepada realiti masyarakat kita.

Jika tidak ia akan menggambarkan satu keadaan yang tidak sihat kerana terlalu banyak suara minoriti dan sentimen pinggiran menjadi lantang dan diberi ruang yang terlalu luas kerana sentimen majoriti itu tidak sekata. Ini sesuatu yang tidak sihat.


Kesatuan Umat hanya akan terjadi dengan kesatuan hati, amal dan perbuatan yang hanya ditujukan kepada pengabdian kepada ALLAH S.W.T. semata-mata.


Namun saya harapkan biarlah perkara ini berlaku dalam proses semula jadi dan bukan dipaksa. Ia tetap memerlukan satu usaha yang alang-kepalang. Dan saya kira tidak ada salahnya untuk kita mengambil kira pandangan parti-parti lain kerana di negara ini realiti politiknya kita memerlukan kerjasama dari parti kaum lain.

Bagi saya kerangka kerjasama itu harus jelas dan mengambil kira suara Melayu Islam yang kuat. Jika tidak ia akan menggugat kesejahteraan dan kestabilan negara.

Tetapi rakan-rakan Pas di dalam pakatan pembangkang mempersoalkan tindakan ini.

YUSRI: Dari segi hubungan antara parti di dalam pakatan pembangkang kita boleh katakan ia agak unik. Namun kita tidak boleh menyamakannya seperti gabungan dalam BN. Pada masa sekarang Pas dilihat terlalu dihalang oleh rakan-rakan mereka dalam pakatan untuk berbincang dengan UMNO. Jika berlaku perbincangan pun tidak akan ada satu keputusan serta-merta. Saya berpendapat Pas masih boleh berbincang dan turut sama mengambil kira pandangan rakan-rakan mereka. Ini bukanlah satu situasi yang sangat genting. Tidak sepatutnya pemimpin Pas terlalu dipersalahkan atau terlalu berdosa dalam soal ini.

Sejak dahulu kami merasakan bahawa persaingan antara UMNO dan Pas terlalu tajam sampai ada cubaan kafir-mengkafir di pihak Pas dan di pihak UMNO pula agak keras menggunakan undang-undang terhadap pemimpin Pas. Saya melihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang tidak sihat. Maka adalah elok jika kita masuk ke era baru, sama ada bergabung atau tidak itu soal lain tapi sekurang-kurangnya perlu wujud satu komunikasi lebih baik.

Proses ini pastinya akan membantu dari segi mewujudkan kematangan berpolitik antara dua parti teras Melayu Islam itu. Hakikatnya Pas sekarang telah menjadi satu parti politik yang kuat berbanding sebelum ini. malah dalam sejarah Pas, mereka tidak pernah menjadi sekuat ini. Oleh itu Pas tidak perlu berasa takut dan bimbang untuk berbincang kerana Pas bukan berada dalam situasi di mana mereka terpaksa bertindak atau membuat keputusan. Pas kini mempunyai sokongan yang sangat kuat daripada orang Melayu serta orang bukan Melayu.

Kita perlu memberi lebih kepercayaan kepada Pas untuk bergerak dan meneroka ruang-ruang demi kebaikan bersama. Oleh itu Pas perlu yakin dan berani kerana mereka kini muncul sebagai sebuah parti yang kuat. Pas tidak perlu terlalu bimbang tentang pandangan pihak lain dan mereka sendiri harus lebih lantang bukan sahaja dalam pakatan pembangkang tetapi juga dalam membuka ruang politik baru yang lebih matang dan sihat dalam arena politik tanah air.

Apakah kerajaan perpaduan ini mampu dilaksanakan atau ia tidak lebih sebagai satu retorik politik sahaja?

YUSRI: Saya rasa ia tidak mustahil. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan mudah namun boleh dilakukan. Seperti yang saya sebutkan perlu ada kesediaan, keberanian dan wujud proses komunikasi yang lebih terbuka. Ia perlu tidak terlalu tertutup dan juga terlalu terbuka. Ini kerana akan ada kelompok walaupun perkara ini baik tetapi atas niat tertentu tidak mahu perkara ini dijayakan.

Mereka tidak mahu hubungan politik antara orang Melayu Islam ini lebih baik dan tersusun. Memang ada orang yang mahu melihat pertentangan dan jurang yang terlalu luas antara kita.
Kita sudah terbiasa dengan konsep pemerintahan pecah dan perintah dan cuba menjarakkan sejauh mungkin hubungan antara kaum. Kalaupun cadangan ini tidak sampai ke peringkat penggabungan tetapi jika ia mampu merapatkan hubungan, itu sudah cukup baik.
Jika tidak kita akan terus hanyut dengan suasana politik yang memabukkan. Tidak ada mana-mana parti politik yang maksum dan dalam Islam sendiri pun ada kaedah serta panduan mencegah pertentangan politik yang melampau.

Mungkinkah ABIM boleh memainkan peranan dalam menjayakan kerajaan perpaduan ini?

YUSRI: Secara fitrahnya antara dua orang yang ingin berkawan, kadang-kadang ada orang tengah membantu tetapi ada juga yang akhirnya tidak membantu malah mengusutkan lagi keadaan.

Jika proses ini berjalan dengan baik tanpa bantuan orang tengah adalah lebih baik diteruskan sahaja, tetapi ia mungkin juga perlu dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan.
Bagi saya adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak-pihak berkaitan. Peranan orang tengah boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang bersesuaian yang dirasakan perlu, ia termasuklah NGO Islam.

Mungkin suara dan pandangan pihak kami mampu membantu melihat di dalam kekusutan. Ia kerana kadang-kadang kita boleh ibaratkan parti politik berada dalam gelanggang yang sangat berkecamuk sehingga mereka tidak boleh melihat dengan jelas apa yang sepatutnya dilakukan. Mungkin kita yang melihat dari luar ini ada perspektif yang boleh diambil kira. Oleh itu perkara ini dilihat saling lengkap melengkapi.


ABIM pernah menyatukan UMNO dan PAS di atas satu pentas, atas isu kesamaan perjuangan membela umat Islam di Palestin. Insya ALLAH, demi perpaduan umat Melayu-Islam di negara ini, kerjasama ini pasti dapat dimulakan semula.

Bagi saya jika kami diminta oleh pihak terlibat untuk memainkan peranan maka kami akan turun padang, tetapi ia adalah hak sepenuhnya pihak-pihak yang terlibat. Namun secara peribadi, Pas dan UMNO merupakan sebuah parti politik yang besar dan tidak perlu campur tangan orang ketiga dan mereka boleh bertemu serta berbincang tanpa perlu melibatkan pihak ketiga. Tetapi jika diminta, barulah kami akan turun membantu.

Monday, June 15, 2009

BEDAH BUKU : Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam


Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam karya Dr. Majid Irsan al-Kaylani bukanlah sebuah buku yang mengisahkan tentang biografi tokoh popular dalam Perang Salib iaitu Salahuddin Al-Ayyubi semata-mata, tetapi ia lebih dari itu. Ia bermakna buku ini memaparkan fenomena gerakan kebangkitan umat Islam secara menyeluruh selama 50 tahun sehingga mampu melahirkan tokoh yang berwibawa itu. Tidak ada di kalangan ahli sejarah yang menolak bahawa kekalahan kaum Muslimin dalam Perang Salib yang berlaku pada akhir tahun ke 5 Hijrah, merupakan satu tragedi besar yang melanda umat Islam.


Namun demikian, kita tidak sekadar untuk menangisi tragedi tersebut. Sebaliknya, kita perlu merenung dan melihat kembali secara kritis, apakah faktor yang menyebabkan umat yang terbaik (khaira ummah) ini tewas, bahkan gagal untuk menghalang tentera Salib untuk mengalahkan kerajaan Islam pada waktu itu. Kesimpulannya, mungkin ada sesuatu yang 'tidak kena' dengan umat Islam pada zaman tersebut. Kemungkinan terdapatnya penyelewengan atau berkurangnya penghayatan Islam yang dilakukan oleh generasi Islam ada waktu itu.


Pengabaian agama yang mungkin dilakukan oleh pemerintah, ulama, golongan bangsawan ataupun rakyat biasa. Namun demikian, sejarah juga telah mencatatkan bahawa 90 tahun kemudian muncul Salahuddin yang memimpin tentera Islam telah berjaya merebut Hiththin yang sekali gus sebagai pembuka jalan untuk merebut kembali Palestin. Apakah sebenarnya yang terjadi? Apakah Salahuddin al-Ayyubi seorang yang diutus oleh Allah sebagai seorang pahlawan yang berjuang secara bersendirian? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Salahuddin juga manusia biasa yang telah dididik oleh Nuruddin Zanki pada waktu itu yang ternyata telah mempunyai visi dan misi untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa pada satu hari nanti.


Di pihak yang lain, sejarah tentunya tidak melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh dan ulama yang hidup pada zaman itu seperti al-Ghazali, Abdul Qadir Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan sejumlah nama-nama ulama besar lain, yang telah berjaya mendidik dan melakukan perubahan dalam bentuk revolusi mental ke arah paradigma pemikiran dan pendidikan umat.Tokoh-tokoh ulama dan pemerintah pada waktu itu telah berjaya mengikis sifat-sifat buruk umat, mengekang berlakunya perpecahan di kalangan umat dalam pelbagai bentuk seperti aliran kebatinan, mazhab, perbezaan aliran fikah ataupun tasauf. Segala perbezaan yang besar dan boleh memecahbelahkan umat telah berjaya diketepikan demi membentuk umat yang bersatu dan menghayati nilai-nilai Islam dan boleh membawa kemenangan Islam dan untuk mengalahkan musuh Islam.


Sesungguhnya pengarang buku ini telah membicarakan tentang Salahuddin al-Ayubbi yang merupakan 'salah seorang' tokoh dari satu generasi yang telah mengalami proses pendidikan dan perubahan. Satu generasi yang lahir bagi mengubati kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh umat sebelumnya.Sehubungan itu, siapakah lagi tokoh-tokoh yang turut menyumbang dalam proses pengukuhan umat yang ternyata berjaya mengembalikan kegemilangan umat? Dari manakah perubahan itu dimulakan? Bagaimanakah cara mereka menghalang merebaknya penyakit-penyakit umat yang tersebar melalui fanatik mazhab, sufisme pasif, tasawuf, kebatinan dan juga penyimpangan pengajaran dari tokoh-tokoh ulama yang berwibawa? Bagaimanakah mereka berjaya membina penyatuan amal dan fikir sehingga melahirkan perpaduan yang kukuh dan mantap dalam segenap generasi dan mengubahnya ke arah kekuatan yang terbilang?Ini adalah di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku ini dan ternyata jawapan-jawapan yang dihuraikan oleh pengarang boleh dilakukan oleh kita.


''Pengarang buku ini telah membicarakan tentang Salahuddin al-Ayubbi yang merupakan 'salah seorang' tokoh dari satu generasi yang telah mengalami proses pendidikan dan perubahan. Satu generasi yang lahir bagi mengubati kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh umat sebelumnya"

Oleh Burhanuddin Abdul Jalal,

Utusan Malaysia 5 Jun 2009.

Wednesday, June 3, 2009

AL-FATIHAH...


Al-Fatihah, Yaasin & Tahlil. Dimaklumkan bahawa, ayahanda kepada Setiausaha Negeri ABIMPP (Saudara Syed Mikael Rizal Aidid) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 29 Mei 2009 yang lalu. Semoga Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat. Amin- Moderator ABIMPP Cyber

Sunday, May 24, 2009

ZIARAH SURAU TERBIAR DI PULAU PINANG

KHAMIS, 210509: Salam, baru-baru ini saya dan 10 wakil NGO Islam Pulau Pinang telah menyertai program ziarah surau terbiar bersama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Bermula dari Seberang Perai Utara hinggalah ke Selatan sekitar 20 buah surau terbiar yang telah kami jejak, kesimpulannya, sesuatu yang komprehensif perlu dijalankan untuk menyelamatkan surau-surau ini.

Apa yang uniknya surau-surau ini terletak di kawasan majoriti komuniti yang beragama Hindu dan Buddha, serta ada juga yang terletak di kawasan kilang dan industri. Berikut adalah laporan bergambar di antara rupa surau-surau yang terbiar yang cukup menyedihkan.

SURAU DALAM SEMAK...Tiada kerja-kerja kebersihan memburukkan lagi keadaan

DI TENGAH-TENGAH KAWASAN KILANG...Tiada yang datang mengimarah, surau terbiar dan kosong

APA LAGI YANG TINGGAL?...Pintu dan tingkap habis dicuri

DALAM PERUMAHAN KAUM CINA...Nasib surau yang tidak terbela

AKHIRNYA DIGUNAKAN...Oleh penduduk setempat untuk menyimpan alat-alat sembahyang mereka!

SEMAK YANG MENJALAR...Permandangan biasa sepanjang ziarah kami.

GELANGGANG KREATIVITI?...Surau yang tidak dimakmurkan, dijadikan tempat meluah perasaan

SEDIH...Tempat yang awalnya dijadikan tempat memuji kebesaran Tuhan, dijadikan tempat contengan (berbaur lucah dan ganas)

JADI STOR...Surau terbiar yang dijadikan tempat menyimpan tayar terpakai.

DI MANA SURAU?...Dikerumuni dengan belukar

KOTOR...Kotor, busuk dan dipenuhi najis lembu

LADANG LEMBU?...Ada yang mengambil kesempatan menggunakan tapak surau sebagai ladang menternak lembu

RUMUSAN : Setelah melihat dengan terperinci semua surau yang telah dilawat, kami dengan kerjasama MAINPP akan cuba memastikan surau-surau terbiar ini akan dibersih dan diimarah kepada peranan-peranan berikut;

1. Cawangan sekretariat NGO Islam

2. Dijadikan sebagai pusat sukarelawan

3. Diberi fungsi terbaru sebagai pusat penyebaran dakwah Islamiyyah kepada komuniti non-muslim

4. Tempat latihan penggerak dakwah

5. Dijadikan pusat untuk penerangan dakwah

Semoga dengan cadangan dan usahasama ini akan dapat menyelamatkan maruah umat Islam yang sedikit sebanyak tercalar akibat kelalaian kita sendiri. Insya ALLAH dengan kesepakatan yang dirancang, ALLAH akan bantu lagi dengan menurunkan rahmatNYA kepada seluruh umat Islam. AMIN.

Yang Menjalankan Amanah Umat,

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Setiausaha ABIM Pulau Pinang

Sunday, May 10, 2009

HARI NAKBAH : Bukan Setakat Memperingatinya...

MEMPERINGATI HARI NAKBAH
Oleh : NAJIB 'AFIF ARIP
(Penulis Tamu AMANAT)
TANGGAL 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah di- isytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakbah'. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka). Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin. Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggung- jawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi. Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi. Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20). Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.


Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini adalah merupakan kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di MasjidilHaram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

Selain itu, hakikat Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, harus diperjuangkan. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Makkah.

Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?
Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur hingga ke Barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

KHAYBAR, KHAYBAR, KHAYBAR YAA YAHUD! ALLAHU AKBAR !!!

Sunday, May 3, 2009

Muslim Groups Upset With Religious Conversion Ruling

Sidang Media PEMBELA dihadiri oleh NGO-NGO Islam yang menyertai PEMBELA, iaitu (dari kiri) Darul Syifa' (M. Fitri Abdullah), PEWARIS (Kamarul Izwan), Al-Hidayah (Tuan Haji Abdul Latif Sataran Abdullah), JIM (Tuan Haji Zaid Kamaruddin), ABIM (Tuan Haji Yusri Mohammad), MACMA (Dato' Mustafa Ma), ISMA (Aminuddin Yahya) dan RICOI (Mansur Ibrahim).

Kuala Lumpur, April 29 — Pembela, a coalition of Muslim NGOs, today condemned the cabinet’s recent decision on religious conversion of children, calling it unconstitutional and irrational. The Muslim NGO’s criticism of the decision could prove tricky for Datuk Seri Najib Razak as he attempts to balance the interest of Muslim and non-Muslim groups. The cabinet recently decided that children should be raised in the faith of their parents while they were married even if one spouse becomes a Muslim. “We totally disagree because of the way they made the statement. Unless there are amendments to the constitution then the statement made is not law. “However, they have made it seem that when a minister says something then it is law, This is one of the issues which can bring doubts to some parties,” said Muslim Youth Movement of Malaysia’s president Yusri Mohamad.

He told reporters that the decision made goes against Islamic laws and the constitution. “In article 12 section 4 in the constitution, the faith of a child who is not yet an adult is determined by the parents. The courts has interpreted that the parents has to right to decide regardless if they are the husband or wife,” Yusri added. Pembela believes the cabinet ruling will deny the parent who converts to Islam his or her right and responsibility over the future of the children. They feel that the decision is not fair to those who want to convert to Islam. The group also feels that the government was rushed into making a decision on the issue when it should have been conducted properly with collaboration of all parties. The group reiterated that this issue should not be sensationalized because it would not be healthy for the country.

“We should address it professionally with a cool head and objectively. We have procedures and processes in place. I would like to highlight that there has been a high level discussion organized by the attorney general”. The government had asked the attorney general to hold a series of discussion with religious experts and NGOs. “I would like to ask what has happened to those discussions? Why did the cabinet suddenly make a decision which actually is hard to accept by everybody. What was recommended by the cabinet is not sustainable,” he argued.

Yusri urged all parties to consider the realities of the country and not have an attitude that will make the situation worse. He was disappointed that many Malaysians think that a non-Muslim would not be able to get a fair trial in a Shariah court. “This is not helpful and we will not be quiet if the Shariah court is given that image. The notion that a Shariah court will not give a fair trial to non-Muslims is a blatant and an unacceptable accusation,” he said. Jamaah Islah Malaysia (JIM) president Zaid Kamaruddin also added that the decision was one sided and pleased only a minority in the country.

“The cabinet has not taken account the opinions of the majority. We also would like to complain that the decision was irrational. We understand the Muslim’s fuse is a bit long, that is why there are many who are still patient because they believe that the government can solve this issue”. “But in this context, we see that it going against Islam and we have yet to receive a reaction from the Cabinet after the incident has happened. This is not a solution to this problem,” Zaid said.

Sunday, April 26, 2009

Perspektif Dari Glasgow - Catatan Khairul Ariffin Mohd Munir

Saya berpandangan bahawa ramai pihak telah salah anggap tentang isu PPSMI. Kumpulan yang membantah PPSMI tidak pernah menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang penting untuk dipelajari. Kita menentang polisi bukan isu kepentingan bahasa Inggeris. Namun yang tersilap di sini ialah pendekatan atas nama kemajuan, pelajaran Sains dan Matematik dikorbankan sedangkan kita tidak pernah mengubah dasar cara atau kaedah dan metodologi pengajaran bahasa Inggeris. Kaedah pelajar diajar masih tiada perubahan.Kita mengubat sesuatu tanpa tahu apa penyakitnya. Tanpa tahu apa puncanya. Kita selalu tersilap ... namun padahnya adalah pada generasi akan datang.

Saya kini belajar di Glasgow untuk pengajian Master, saya bersyukur saya mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh menyebabkan saya mempunyai kerangka berfikir yang "istimewa" berbanding dengan pelajar lain.Saya juga berjumpa dengan pelajar-pelajar kursus Engineering/ Kejuruteraan di sini sebagai contohnya tidak mempunyai masalah walaupun mereka merupakan pelajar Melayu. Saya juga berjumpa dengan pelajar German, Korea, Perancis, yang mana bahasa pengajaran mereka ialah bahasa ibunda, mereka masih tiada masalah belajar malah lebih baik dalam pelajaran.Cuma satu yang saya tahu, ialah kaedah pembelajaran bahasa Inggeris mereka jauh lebih ke hadapan berbanding kaedah yang kita gunakan.
Saya juga mendengar komen daripada seorang professor di SOAS London bahawa polisi PPSMI yang dibuat oleh kerajaan ini tidak menguntungkan kerana ia akan mencabut nilai budaya dan nilai jatidiri masyarakat Malaysia.Kita pernah kehilangan tulisan jawi ... kita juga kini mula hilang jatidiri ... kelak anak bangsa kita tidak tahu lagi atau mungkin geli menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu hanya jadi bahasa pasar, hilang nilai intelektualnya, hilang nilai persuratannya.
Elok juga kepada yang tidak bersetuju menyiasat dahulu mengapa bantahan ini dibuat. Banyak kajian kita telah kemukakan dalam mebantah ini. Elok juga individu seperti Dr Syed Alwi kemukakan kajian empirikal yang menyokong kepentingan dan manfaat polisi PPSMI.Saya kesal juga membaca pandangan Pewaris dan PPIM yang secara jelas tidak memahami isu ini secara lebih mendalam.Elok juga membaca buku "Kenapa Kami Membantah" tentang isu PPSMI tebitan PTS Sdn Bhd.
Khairul Ariffin Mohd Munir

Thursday, February 12, 2009

KEMPEN 10,000 KERUSI RODA UNTUK GAZA


RAFAH 8 Feb. - Walaupun Israel telah menghentikan serangan terhadap Gaza, tetapi penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu masih berterusan ekoran kecederaan dan kemusnahan yang dihadapi. Mangsa yang cedera pula tidak mendapat rawatan sempurna ekoran kemudahan di hospital yang amat kekurangan terutama ubat dan peralatan perubatan.
Keadaan itu bertambah buruk apabila kerajaan Mesir menutup pintu sempadan di sini mulai 5 Februari lalu.

Ekoran penutupan itu, tidak ada sebarang pergerakan melintasi sempadan ke Gaza dibenarkan. Sama ada ia berupa bantuan perubatan, peralatan, doktor dan media, semua tidak dibenarkan.
Tindakan kerajaan Mesir itu menyebabkan penduduk Gaza kini terputus hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini menambahkan lagi penderitaan dan kesengsaraan mangsa kekejaman Israel itu. Menurut Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid, antara keperluan yang paling mendesak sekarang di Gaza ialah kerusi roda.
Katanya, hospital di Gaza tidak mempunyai kerusi roda yang mencukupi untuk kegunaan pesakit terutama ketika kecemasan.

Yang paling penting, katanya, kebanyakan kecederaan yang dialami oleh penduduk di sini akibat serangan Israel ialah di kaki dan tangan yang memerlukan penggunaan kerusi roda sepanjang hayat. “Ramai yang kudung kaki dan tangan. Hospital pula tidak cukup kerusi roda. Kalau ada pun keadaannya banyak yang menyedihkan. “Jadi Global Peace Malaysia akan menggerakkan kempen untuk mengumpul 10,000 kerusi roda di Malaysia untuk dihantar ke Gaza,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, tinjauan Global Peace Malaysia di Gaza juga mendapati kerusi roda sukar diperoleh di wilayah itu. Jika ada sekalipun, kata Khairil Annuar, jumlahnya sikit dan tidak mampu menampung keperluan penduduk Gaza yang cedera selain harganya terlalu mahal.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada rakyat Malaysia dan sektor korporat yang prihatin untuk menyumbang kerusi roda untuk Gaza.
Katanya, mereka juga sedia menerima kerusi roda terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dihantar kepada rakyat Palestin.

Kata Khairil Annuar, walaupun sempadan Rafah ditutup, pihaknya mempunyai cara untuk menghantar peralatan tersebut termasuk bekerjasama dengan agensi bantuan di Palestin.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda ini boleh menghantar ke pejabat Global Peace Malaysia di 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Atau telefon 03-61883230 dan faks 03-61883233.
sedutan dari:-Utusan Online


Friday, February 6, 2009

LAPORAN TERKINI DARI GAZA

Pesakit-pesakit mangsa pengeboman di Hospital Syifa‘, Gaza City juga telah mula berkurangan. Beliau mengesahkan ada pengeboman dilakukan oleh Israel terhadap terowong-terowong di Rafah City dan utara Gaza Strip. Misi 1 mencadangkan agar pejabat operasi GPM di buka di El Arish, Mesir kerana ianya berada di zon selamat serta kos sewaan yang berpatutan. Jaraknya hanya 50km dari Rafah border crossing dengan waktu perjalanan 45 minit.

Jika keadaan benar-benar selamat dan pintu sempadan Rafah dapat dibuka sepenuhnya, GPM boleh membuka pejabat operasi di Gaza City walaupun dilaporkan kosnya amat tinggi. GPM perlu tentukan rakan NGO Palestin di dalam Gaza yang mandiri, berkesan dan amanah untuk GPM salurkan bantuan secara berterusan dari rakyat Malaysia. Salah seorang antara Azlan atau Khairil akan terus tinggal di El Arish/Rafah sehingga GPM buat keputusan muktamad mengenai projek-projek bantuan di Gaza.
Insya Allah misi terakhir GPM di Gaza ialah memberikan bantuan makanan kepada seramai 500 keluarga Beit Lahiya. Moral kami tetap tinggi. Meskipun terpaksa akur atas arahan HQ. Saya yakin ini adalah permulaan kepada satu perjuangan besar ABIM & GPM untuk membantu ummat Muhammad S.A.W khususnya di bumi Palestin. GPM kini telah mempunyai rakan NGOs yang amat profesional dan bertaraf internasional di Gaza Palestin. GPM sangat peka dengan siapa kita berurusan. Saya yakin kumpulan ini sememangnya benar-benar ‘On-the-ground”. Mereka tahu setiap inci bumi Gaza dan tahu apa tindakan yang perlu dilaksanakan.Hari ini GPM telah pergi ke pejabat mereka dan telah mendapatkan projek-projek yang boleh GPM/mana-mana NGOs di Malaysia yang ingin turut membantu.

Demi Allah ! Langit Gaza yang kini GPM menjunjungnya dan Demi Allah, bumi Gaza yang GPM telah sampai ke seluruh pelusuk rantaunya. GPM dan Gaza telah saling mengikat mati hati-hati kami untuk bersama-sama berjuang memerdekakan bumi para syuhada ini, agar Islam terus segagah terpelihara dan pejuang-pejuangnya terus berjuang mencapai kemenangan atau mendapat syahid.

Salam Ikhlas dari

Azlan Muhammad Sharif
Head of Mission Palestine

Tuesday, January 13, 2009

ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S

Pada 9 hb Januari yang lalu, Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Encik Azril Mohd Amin telah menyertai perhimpunan bantahan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau juga turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Pada hari yang sama juga, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar wakilnya, Saudara Muhd Raimi Abd Rahim untuk menyertai pelancaran kempen boikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel, yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertujuan untuk membantah sumbangan syarikat-syarikat tertentu yang menyumbang keuntungan mereka untuk membangunkan kemampuan ketenteraan Israel.

Wednesday, January 7, 2009

GAZA & SAAT DOA MENJADI SENJATA MUSLIMIN



Gambar di hampir semua akhbar perdana baru-baru ini, yang menunjukkan solat jenazah yang diadakan untuk mangsa serangan bom Israel terhadap sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Genting Gaza yang menyaksikan seramai 48 jenazah pelajar dan guru, amat menyayat hati dan seumpama mengoyak-ngoyakkan maruah umat Islam seluruh dunia. Apakah lagi yang tinggal pada umat Islam hari ini, yang semakin membuktikan kebenaran sabda dan peringatan baginda Rasulullah S.A.W., “Akan datang satu masa nanti, umat Islam amat ramai, tetapi umpama buih di tepian pantai sahaja serta kamu didatangi dan diratah oleh musuh-musuh kafir umpama lauk-pauk yang terhidang di atas meja makan”.

Hari ini adalah merupakan hari kesebelas bumi Gaza diperlakukan semahunya oleh tentera rejim zionis yang terkutuk. Lebih 700 nyawa saudara-saudara kita dijadikan bahan melepas geram, yang lebih sayunya seramai lebih 200 orang dari pada jumlah itu adalah merupakan kanak-kanak yang tidak berdosa. Apakah yang sebenarnya Israel mahukan dari tanah sekangkang kera, iaitu Genting Gaza itu? Tidak cukup dengan bom berangkai yang dijatuhkan dari pesawat canggih Falcon F15 dan helikopter tempurnya, ditambah lagi dengan curahan peluru berpandu dari armada lautnya sehinggalah kepada gerombolan kereta kebal beserta ratusan unit infantri menerobos masuk ke segenap simpang, lorong dan rumah-rumah orang Islam di sana. Setelah hampir 700 yang terkorban dan 3,000 yang cedera, mahu apa lagi rejim terkutuk ini dari tanah kecil orang Islam itu?

Pembantaian umat Islam di Gaza sekali lagi mengetuk setiap pintu hati umat Islam seantero dunia, betapa ini isyarat jelas dan semboyan perang yang dimainkan oleh mereka yang tidak pernah senang dengan kebangkitan umat Islam. Upacara penghapusan etnik (ethnic cleansing) yang acap kali kita dengar meragut kedamaian umat Islam minoriti di Bosnia, Checnya, Kosovo dan Kashmir seperti terus menjadi alat untuk meranapkan sama-sekali sinar kebangkitan umat Islam, yang baru bertatih membina kekuatan dan kerajaan di Gaza. Jelas, Israel mahu pengaruh Hamas dinyahkan serta-merta. Untuk mengiyakan lagi niat jahat mereka ini, ia dijelmakan dengan tindakan kejam membunuh dan meruntuhkan segala persiapan umat Islam untuk bangkit melawan semula.

Selain daripada bangunan parlimen, rejim yang bongkak ini turut mengebom pusat pentadbiran kerajaan, pasaraya, masjid, sehinggalah kepada hospital, yang merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan ribuan umat Islam yang sedang berada di ambang kematian. Ia mirip misi ‘carpet bombing’ yang pernah dijalankan oleh Amerika Syarikat sewaktu menawan Baghdad dan Afghanistan suatu ketika dahulu, tanpa satu binaan pun ditinggalkan. Alasan-alasan yang berirama basa-basi seperti “Kami menyerang Gaza, demi keselamatan penduduk kami dari bedilan roket-roket pejuang Hamas” akan menjadi hujah rutin pemimpin-pemimpin bongkak mereka setiap hari.

Atas nama ‘keselamatan’ penduduknya, rejim terkutuk ini membalas setiap serangan roket Hamas dengan mencampakkan bertan-tan bom berangkai ke sasaran awam dengan sewenang-wenangnya. Ketidakadilan yang berlaku di dalam pertempuran ini menyaksikan di satu pihak, mereka melumatkan saingannya semahu-mahunya dengan bekalan-bekalan artileri dan peralatan perang tercanggih abad ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, sedangkan di satu pihak lagi dengan peralatan daif yang kalau dilancarkan pun roket-roket kecil ini, jangkauannya tak sejauh mana pun dan jika dikesan di ruang udara Israel, akan segera ditangkis oleh pelancar anti roket Israel.

Mahu atau tidak, penduduk Gaza perlu mengambil keputusan ultimatum, antara ‘do or die’ iaitu bertempur atau berkubur. Peperangan adalah merupakan jalan terakhir yang diambil oleh Islam, demi mempertahankan tanahair daripada dirampas oleh tentera kafir. Begitu juga keadaannya di Gaza, walaupun mereka tahu mereka berada di pihak yang kalah, pihak minoriti, pihak yang dibuli dan dibelasah oleh musuh, namun semangat untuk bangun menentang tidak akan mampu ditentang oleh sesiapa pun. Biar hancur segala harta benda, mati semua sanak saudara, hilang semua tempat bergantung & berlindung, tapi dengan keyakinan mereka masih punya Allah dan Rasul, tentera kejam Israel pasti akan dikuburkan beramai-ramai di Gaza.

Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8: “Mereka ingin dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan menerimanya, tetap menentang dan menolaknya.” Ini adalah azimat perjuangan yang tetap tersemat di hati para pejuang Hamas, betapa Allah akan bersama dalam setiap gerak gempur mereka demi mempertahankan maruah agama. Ingatlah Israel, walaupun kamu hantar puluhan kapal perang, ratusan jet pejuang canggih, ribuan kereta kebal besar dan ribuan askar pakar kamu, kamu pasti tidak akan dapat memadamkan cahaya agama Allah. Kebangkitan Intifadha yang tidak dapat tertahan-tahan ini bakal meranapkan seluruh kekuatan dan keegoan kamu selama-lamanya.

Doa Sebagai Senjata

Dalam keadaan segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya, mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim binatang Israel.


Hampir setiap hari demonstrasi diadakan untuk meluah rasa marah umat Islam, hampir setiap masa desakan dibuat oleh negara-negara yang bersimpati agar PBB mengadakan sidang khas untuk menyelamatkan Gaza, usaha memboikot yang saban hari digerakkan, namun adakah Yahudi akan tunduk dan akur pada tuntutan dunia Islam? Sifat dan watak bongkak dan takabbur mereka ini telah Allah S.W.T. rakam di dalam Surah al-Baqarah, ayat 120 yang menyatakan; “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Jelas dan sentiasa bersifat terkini dan mutakhir, itulah al-Qur’an yang sarat dengan pesan-pesan dari Allah S.W.T. yang kekal relevan sepanjang zaman. Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali tunduk dan merasa senang terhadap umat Islam, melainkan umat Islam berada di hujung telunjuk mereka, umpama budak suruhan, budak belasahan dan hamba abdi sahaja layaknya pada mereka. Yahudi juga tidak sekali-kali pernah faham dengan bahasa perdamaian. Bahasa yang mereka fahami hanyalah pegangan yang menyatakan mereka adalah bangsa dan kaum yang terpilih di sisi Tuhan atau “the chosen one” dan yang lainnya itu layak dilayan seperti binatang sahaja. Itulah prinsip yang dinobatkan demi menghalalkan segala tingkah laku biadab mereka selama ini.

Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia, ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya dan Dia amat menyukai hamba-hambaNYA yang meminta kepadaNYA. Sehinggakan di dalam keadaan umat Islam dalam keadaan tiada lagi upaya daya dan ditimpa musibah yang hebat, Allah S.W.T. menenangkan hamba-hambaNYA dengan berfirman; “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186).

Doa yang bagaimanakah yang bakal dikabulkan oleh Allah S.W.T. dengan kadar segera? Sudah tentulah di antara doa yang paling makbul adalah doa-doa mereka yang dizalimi dan tertindas. Untuk memperkuatkan lagi jaminan Allah S.W.T. itu, baginda Rasulullah S.A.W. menyusul dengan sabdanya; “Ad-dua`sillatul mukmin” yang bermaksud doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Kenapakah doa yang tampak begitu lembut dengan hanya tadahan tangan dan beberapa alunan munajat itu disama tarafkan oleh Rasulullah S.AW. dengan senjata? Di sinilah letaknya martabat doa yang tertinggi, di mana dengan hati yang bersih, hati yang jitu dan susulan usaha yang sungguh-sungguh, kita akan mampu menangkis setiap inci mara bahaya yang datang.

Sirah kenabian yang lampau dan realiti kontemporer telah membenarkan lagi kata-kata Rasulullah S.A.W. ini. Bermula dengan doa Nabi Nuh a.s. yang membinasakan setiap seorang penentang agama Allah S.W.T. dalam satu peristiwa banjir besar, doa Nabi Luth a.s. yang menjungkir balikkan bumi tempat tinggal kaumnya yang meyeleweng dalam perhubungan sejenis, ditunjukkan lagi dengan doa Nabi Salleh a.s. yang disusuli dengan teriakan keras Malaikat Jibril yang menghancurkan mereka yang membunuh unta milik Allah S.W.T., doa Nabi Ibrahim a.s. yang mampu menyejukkan api yang sedang marak membakar dirinya dan doa baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, yang lebih dikenali dengan doa qunut Nazilah yang membinasakan pimpinan musuh Islam yang membunuh puluhan para Hafiz yang dihantar olah Rasulullah untuk misi dakwah kepada mereka. Ini bukti jelas, bahawa doa tidak boleh dipandang enteng kekuatannya. Ia lebih berkuasa dari ledakan bom atom, hatta kemusnahan perang yang dibawa oleh musuh kafir kita pada hari ini, hanya sekelumit sahaja kekuatannya jika dibandingkan dengan kekuatan Allah S.W.T. menerusi doa-doa orang Islam.

Saat Bantuan Allah Tiba

Peperangan Russia dan Afghanistan pada era 80-an, dan pembantaian umat Islam oleh militan kristian di Ambon, Maluku, Indonesia pada awal alaf baru ini merupakan bukti betapa doa-doa pejuang Islam yang ikhlas berjuang kerana Allah S.W.T. akan terus dan tanpa tangguh terangkat ke langit. Kejadian tentera-tentera kafir melihat ratusan tentera putih berkuda, berada di belakang barisan tentera umat Islam adalah perkara yang amat menggerunkan mereka.

Kesaksian ini acapkali diakui sendiri oleh tentera Rusia dan Kristian di Maluku yang ketakutan sehingga lari bertempiaran melihat tentera-tentera ‘tambahan’ yang dihantar oleh Allah S.W.T. untuk memenangkan umat Islam. Itulah malaikat Allah S.W.T. yang Dia janjikan akan turun membantu umat Islam, sepertimana dalam firman Allah; “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Rabb kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu." (Al-Fussilat : 30)


Kemenangan terbesar yang dijanjikan untuk umat Islam hanya terletak kepada kejayaan kita menguasai kembali kota suci Baitul Muqaddis dan membebaskan Palestin daripada segala sisa-sisa penindasan dan penjajahan Israel. Untuk mencapai kemenangan ini, ia amat menuntut pengorbanan yang luar biasa dari kita. Kita perlu keluar dari zon selesa yang membelit diri dan benar-benar komited untuk memenangi kembali peperangan ini. Peperangan yang memakan masa berkurun-kurun lamanya ini akan hanya dimenangi umat Islam andai kita kembali kepada Allah dan Rasul, serta menjauhi segala kemungkaran dan dosa, demi memastikan hijab yang menutup doa-doa kita selama ini akan terbuka, dan sebagai balasannya, Allah S.W.T. akan menurunkan bantuanNYA yang mencurah-curah kepada kita. Kita akhiri artikel ini dengan sama-sama meyakini ingatan Allah S.W.T. ini dengan sekuat hati kita, iaitu; “Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff :13)


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha ABIM Pulau Pinang

Google+ Followers

Popular Posts


SYARAT : TERBUKA UNTUK BELIA UMUR 15-40 TAHUN | TINGGAL DI P. PINANG | BERMINAT | BERDEDIKASI & BERKEYAKINAN :: KELEBIHAN KELAB : LATIHAN, BIMBINGAN, SIJIL & VEST PETUGAS AKAN DIBERI SECARA PERCUMA :: BERMINAT ? SILA HUBUNGI PENYELARAS AV, SDR. ZAYD 013-408 7001